Sunday, 10 March 2013

[Travel] Korea!~ Saya Datang!~

       
categories:  ,

Tik! Tok! Tik! Tok!
Menghitung hari~ Gembira tidak terkira rasanya apabila semua urusan percutian saya ke Seoul & Pulau Jeju berjalan dengan lancar. Gembiranya~ (^_^)
Saya akan melancong ke Korea selama 8 hari, 6 malam - bermula pada 5-12 April 2013. Saya akan ke sana bersama kawan-kawan saya & kami seramai 5 orang termasuk saya. Kami mengikuti pakej percutian berkumpulan dari sebuah agensi pelancongan iaitu Holiday Tours & Travel Sdn Bhd & pakej ini adalah pakej muslim. Kami akan menaiki Korea Airlines untuk penerbangan antarabangsa iaitu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Incheon, Korea & Lapangan Terbang Incheon, Korea ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur.
Saya ke sana, dalam musim bunga Sakura. Ramai yang berpendapat bunga Sakura akan banyak berbunga antara 8-15 April 2013. Saya harap saya dapat melihat bunga Sakura yang cantik berbunga semasa saya melancong ke Korea nanti. Musim Bunga Sakura = Musim Romantik. (^_^)
Saya akan melawat beberapa tempat tumpuan pelancong-pelancong di seluruh dunia semasa melancong ke sana iaitu Seoul, Pulau Jeju, Gunung Sorak & Pulau Nami.





Cantikkan?? (^_^)
Ini antara tempat-tempat yang saya akan lawati nanti semasa di Korea. Saya mula rasa tidak sabar untuk menjejakkan kaki saya di Korea pada awal bulan April nanti. Saya juga telah kemas barang-barang saya untuk ke sana & hampir 85% telah selesai. Malah saya berharap akan tersempak dengan artis Korea semasa di sana.. (^_~) Tidak kesah siapa pun artis Korea itu - sudah tentu saya akan tegur. Saya juga dalam proses menghafal semua artis Korea terutama artis Korea yang baru debut.
Sebagai Kpopper, saya faham perasaan Kpopper yang lain - ramai Kpopper ada simpan hasrat untuk ke Korea suatu hari nanti. Insyaallah, suatu hari nanti, semua hasrat Kpopper akan tertunai jua - saya akan sentiasa doakan. Saya sangat bersyukur pada Allah S.W.T kerana menjadikan hasrat saya kenyataan jua akhirnya. Malah DIA telah memudahkan semua urusan saya. Allhamdulillah~ (^_^)


Oh! Yeah~ Sebelum saya terlupa tentang pertandiangan Fan Fiction yang saya buat itu. Ingat~ yer~ Tarikh tutup pertandingan ini pada 5 Mei 2013 iaitu hari Ahad. Bagi sesiapa yang telah menghantar Fan Fiction pada saya, saya ucapkan terima kasih kerana menyertai pertandingan ini. Saya masih buka pada sesiapa yang belum lagi hantar Fan Fiction pada saya & juga yang telah hantar Fan Fiction pada saya sehingga tarikh tutup.
Hadiah pertandingan ini saya akan beritahu sebaik saja saya balik bercuti dari Korea. Saya akan beritahu hadiah ini antara 13-21 April 2013. Banyak kejutan tentang hadiah pertandingan ini. Tunggu yer~ (^_^)
P/S: 3 orang pemenang akan dapat antara 3 hadiah barang K-Pop dari Korea. Good Luck!~ Mungkin saya akan pilih 3 orang pemenang lagi untuk hadiah saguhati dari Korea. Rasaya ramai Kpopper boleh cuba nasib masing-masing dengan menghantar Fan Fiction terbaik pada saya. Saya juga akan update semua berita mengenai tempat yang saya lawati semasa saya melancong di Korea nanti.. (^_^)

0 comments :

Post a Comment