Friday, 8 February 2013

[Journal] Annual Dinner 2013 - Back To School (^_^)

       
categories:  ,

Ini adalah semua pekerja di syarikat agensi pelancongan Jepun yang saya bekerja sekarang ini. Boleh dikatakan sebanyak 60% adalah pekerja cina, 38% adalah pekerja Jepun dan hanya 2% adalah pekerja melayu termasuk saya. (^_^)

Beberapa hari yang lepas, syarikat saya telah adakan jamuan tahunan pada 30 Januari 2013 di Restaurant Mikiko iaitu sebuah restaurant makanan Jepun. Jamuan tahunan ini bertemakan "Back To School".


Ini adalah pekerja di bahagian akuan iaitu bahagian saya bekerja di syarikat agensi pelancongan ini. 
Ya, saya bekerja dengan orang cina dan Jepun tetapi kerja saya semuanya berjalan dengan baik sekali, malah mereka juga layan saya dengan baik. Mereka tidak pernah kedekut ilmu untuk berkongsi dengan saya dan saya senang bekerja dengan mereka. Lagipun ini bukan syarikat pertama yang saya bekerja bersama pekerja bukan melayu.
Sejak saya bekerja dengan industri pelancongan ini, saya banyak belajar dalam selok-belok industri ini dan ianya sangat menarik untuk belajar.


Bab paling best semasa jamuan tahunan ini adalah semua pekerja akan dapat hadiah. Antara hadiah yang biasa kami akan dapat adalah voucher makan malam dan bermalam dari hotel-hotel terkemuka di sekitar Kuala Lumpur, Penang dan Langkawi, dan barangan elektronik seperti smart phone.
Ini adalah hadiah yang saya dapat semasa jamuan tahunan syarikat saya iaitu smart phone Sony Xperia J yang berwarna gold.

Sebenarnya, saya telah belajar sesuatu yang baru dapat hidup saya apabila saya menerima hadiah ini.
Tahun lepas, saya belikan 1 tiket showcase VIP ZE:A untuk kawan Kpop saya yang bernilai RM 333 termasuk prosessing fee RM 3 tetapi ia tidak termasuk dengan kos pengantaran tiket ke rumah saya iaitu sebanyak RM 10. Showcase ZE:A ini telah berlangsung pada 10 November 2012 di Kenaga tetapi sehingga sekarang saya masih belum menerima wang saya semula. Hampir 6 bulan, dia pinjam wang saya sehingga sekarang tiada khabar berita untuk dia bayar semula wang saya.
Saya beli tiket VIP ini adalah untuk melihat secara dekat ahli kumpulan ZE:A ini dan juga untuk mendapat sesi tanda tangan mereka setiap seorang member ZE:A. Saya sanggup buat apa saja seperti kpopper lain lakukan kerana saya memang suka K-Pop selama ini malah saya suka berkongsi kegembiraan saya bersama kpopper yang lain tetapi saya tidak sangka yang dia boleh buat saya sebegini. Secara jujurnya, pada mulanya memang saya rasa marah kerana saya juga manusia biasa yang mempunyai perasaan marah jika perkara ini berlaku pada saya. Lebih-lebih lagi apabila saya fikirkan yang saya telah mengunakan wang simpanan saya untuk ke Korea semata-mata untuk belikan tiket showcase ini pada kawan saya ini.
Apabila saya cerita pada Mama saya, dia nasihatkan saya supaya berhati-hati lain kali supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi dan halalkan jika dia tidak bayar semula pada saya. Saya juga cerita perkara ini pada kawan-kawan kpopper saya yang lain dan saya tidak sangka ramai yang bersimpati dengan saya atas apa yang berlaku ini. Malah mereka juga nasihatkan saya supaya tabah dengan apa yang berlaku ini. Walaupun saya masih berharap yang dia akan bayar duit saya itu tetapi saya telah dapat terima dengan apa yang berlaku ini kerana ia mesti ada hikmahnya.
Kerugian yang saya tanggung selama ini telah berbalas apabila saya menerima hadiah smart phone Sony Xperia J yang bernilai RM 799 iaitu 3 kali ganda dengan harga tiket ZE:A. Sekarang saya telah tahu dan faham, apa yang buruk berlaku pada kita ada hikmahnya dan jika kita tabah menghadapinya - insyaallah ia akan dibalas dengan kebaikkan juga.
Saya berterima kasih pada Mama saya yang banyak memahami saya dan tidak dilupakan juga pada kawan-kawan kpopper saya yang lain yang telah banyak memberi nasihat pada saya. Terima kasih sekali lagi. (^_^)

0 comments :

Post a Comment