[Travel] Tip Kecil Untuk Ke Korea.. (^_^)

by - Monday, January 14, 2013


Pada 26 Dec 2012 yang lepas, saya menghadiri satu majlis anjuran Korea Tourism Organization (KTO) atau Korea Plaza iaitu "GoGoSsing Korea". "GoGoSsing Korea" bermaksud "Let's Go Korea" dalam bahasa inggeris. Majlis ini adalah untuk membantu para pelancong Malaysia yang merancang untuk melancong ke Korea secara "Free & Easy" dalam tahun ini.
Pihak Korea Plaza berbesar hati untuk membantu semua pelancong Malaysia yang ada merancang untuk melancong ke Korea. Para pelancong boleh mendapat banyak maklumat yang diperlukan dan booklet secara percuma jika melawat ke Korea Plaza yang terletak di Ground Floor, Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.
Seminar ini, pada awalnya mengajar kita cara mengira mata wang Korea iaitu "won" dengan cara yang mudah tanpa perlu bersusah-payah mengunakan telefon, iPhone, IPad dan lain-lain lagi untuk mengira apabila kita membeli-belah di Korea.

Kita boleh menggunakan cara nie -->

  W 1000 = RM 2.85 (nilai mata wang akan berubah setiap hari)

Kita cuma perlu potong 000 yang di belakang W 1000
W 1000 -> W 1
Kemudian W 1 x RM 3 = RM 3 
#Just round up RM 2.85 --> RM 3 - to make easy
# W 1000 = USD 1 (think like this to easy understand)

Pihak KTO juga kenalkan beberapa tempat penginapan yang agak murah untuk menginap lana di Korea bagi untuk pelancong budget. Sebenarnya banyak tempat penginapan yang agak murah di Korea dan ianya bersih dan selamat.
Semasa melancong ke Korea, kita boleh mengunakan pengankutan awam yang mesra alam & mudah kerana setiap mesin untuk membeli tiket ada dalam bahasa inggeris. Jadi kita tidak perlu risau jika tidak tahu bahasa Korea. 
Kita juga boleh mendapatkan Kad Korea Pass, ianya seperti Touch n Go di Hana Bank dan AREX desk di Incheon dan Gimpo International Airport. Kad ini mempunyai dalam beberapa nilai iaitu W 50,000, W 100,000, W 300,000, dan W 500,000. Jika kita mengunakan kad ini, kita akan mendapat beberapa diskaun sehingga 50% mengikut booklet yang diberikan semasa membeli kad ini. Kad ini bagi memudahkan para pelancong yang melancong ke Korea.

Sila semak website ini untuk maklumat lanjut:

http://www.visitkorea.com.my/
http://english.visitkorea.or.kr/enu/index.kto

You May Also Like

0 comments