Monday, 14 January 2013

[Book] The Secret Book Series

       
categories:  ,

Rasa-rasanya pernah nampak buku ini??
Mesti ada yang pernah nampak buku ini di kedai buku tetapi mungkin tidak pernah baca buku-buku ini bukan? (^_^)
Sebenarnya buku-buku ini bukan buku cerita biasa tetapi ini adalah buku motivasi diri. Buku ini banyak mengajar saya tentang sentiasa berfikiran positif dan daya tarikkan pada diri kita setiap hari yang kita mungkin tidak sedar tentang itu. 
Mungkin kita tidak tahu atau sedar yang apa kita lakukan dan fikirkan setiap hari- akan mempengaruhi kita. Jika kita asyik fikirkan tentang perkara-perkara yang negetif setiap hari, akhirnya apa yang kita akan dapat adalah negetif juga.
Sebenarnya sebelum saya membaca buku ini, saya juga sentiasa fikirkan perkara-perkara yang negetif sehingga banyak perkara yang terjadi pada saya adalah perkara yang negetif. Tetapi setelah saya baca buku ini, saya cuba berlatih untuk berfikiran positif dan saya tahu hala tuju saya untuk masa akan datang.
Setiap hari, saya akan cuba berfikiran positif dan cuba elakkan berfikir sesuatu yang negetif. Secara jujur, kebanyakkan impian saya hampir menjadi kenyataan apabila saya cuba lakukan apa yang disuruh oleh buku ini.
Mungkin ada yang masih tidak faham apa yang saya katakan ini. Mari saya ceritakan pengalaman saya.
Tidak kira apa sekalipun perkara yang kita fikirkan, hendaklah yang baik dan positif sahaja walaupun ianya perkara kecil. Apabila saya buat demikian, saya sentiasa ceria dan senyum malah hati saya juga sentiasa rasa tenang. Jika ada sesuatu yang buruk berlaku pada saya, saya akan cuba sedaya yang boleh untuk berfikir positif walaupun pada mulanya memang saya akan berfikiran negatif atau buruk.
Sebagai contoh, saya telah hampir setahun lakukan perkara ini. Saya letakkan wallpaper permandangan Korea di dalam notebook, komputer pejabat dan iPhone 4 saya. Semuanya permandangan Korea supaya jika saya melihat permandangan ini, hati saya kuat katakan yang saya akan jejakkan kaki di Korea juga pada suatu hari nanti. Lihat, akhirnya saya dapat jua jejakkan kaki saya di Korea. 
Hasrat saya menjadi kenyataan apabila rancangan saya disukai oleh kawan baik saya, di mana saya merancang untuk melancong ke Korea pada tahun lepas-tidak sangka dia beritahu saya yang dia akan mengikut saya melancong ke Korea pada bulan April 2013 ini iaitu dalam musim bunga. Kami akan ke Seoul dan Pulau Jeju selama 6 Hari 5 Malam. Semuanya berjalan dengan baik saja.
Jika kita sentiasa berfikiran positif dan baik, ia akan menenangkan hati kita lagi daripada kita asyik berfikiran negetif. Ini juga adalah salah satu daya tarikan pada diri kita apabila kita lihat sesuatu yang kita teringin sangat untuk lakukan seperti apa yang saya lakukan ini.
Cuba la... (^_^) Tidak rugi...

0 comments :