[Journal] Gembira yang Berganda dalam Permulaan Tahun 2013

by - Monday, January 14, 2013




Dalam permulaan tahun 2013 ini, saya telah menerima 2 berita yang sangat gembira dalam hidup saya. Di mana semua berita ini ada kaitan dengan Korea.
Pertama, pada malam 02/01/2013. Saya mendapat panggilan dari kawan baik saya. Dia beritahu saya yang dia akan mengikut saya melancong ke Korea iaitu di Seoul & Pulau Jeju selama 6 Hari 5 Malam. Kami akan melancong ke Korea dalam bulan April 2013 iaitu dalam musim bunga tahun ini.
Akhirnya selepas 1 tahun, saya bekerja-saya dapat kumpul wang gaji saya untuk melancong ke Korea. 


(Nie hadiah yang saya menang)

Berita kedua pula, saya mendapat e-mail dari Korea Plaza iaitu Korea Tourism Organization (KTO) pada 03/01/2013. Di mana saya menang "Contest Inspiring Moments with Best Buddies." Walaupun saya tidak menang hadiah utama iaitu tiket kapal terbang AirAsia ke Korea tetapi saya tetap rasa gembira. Terima kasih Korea Plaza.


Saya juga ada tebus kelander Korea Tourism Organization (KTO) pada 02/01/2013. Saya tebus kelander ini melalui keratan surat khabar New Street Times yang bertarikh 31/12/2012. Di mana di dalam surat khabar itu ada berita mengenai Korea Plaza. Kalender KTO 2013 ini sungguh cantik sekali.

You May Also Like

0 comments