Saturday, 13 October 2012

[Beauty] Product E'thym from The Face Shop

       
categories:  ,

Ini adalah antara produk The Face Shop yang saya gunakan hampir 2 bulan. Produk E'thym ini sesuai dengan kulit muka saya yang berminyak dan sentitif. selepas saya mengunakan produk ini, kulit saya nampak lebih segar dari biasa.
"E'thym" diambil dari perkataan Korea iaitu "Et-deh-da" yang bermaksud "baby-faced" dan nampak muda. E'thym ialah barisan produk penhidaratan yang menyegarkan dari The Face Shop - mengandungi bahan-bahan semulajadi dengan "5 free system" dan "premium oxygen water". E'thym  mambantu kulit muka nampak lebih muda dan memberikan kelembapan yang sesuai pada kulit wajah.

5 Free System: Mineral oil-free, Paraben-free, Benzophenone-free, Artificial colorant-free, Animal origin ingredient-free.
Oxygen Water: Up to 15 times as much oxygen as plain water and boosts skin's self healing ability.

Barisan Produk E'thym :


E'thym O2 Water Balancing Toner (140 ml)
Melembutkan kulit wajah dengan mengekalkan tahap optimal pH kulit dengan extract Aloe dan air oksigen.
Ini adalah langkah pertama selepas mencuri muka.


E'thym O2 Water Moisture Refreshing Essence (40 ml)
Intipati pelembab intensif untuk mengukuhkan dan menyuburkan kulit dengan mendalam menghidratkan dan menenangkan kulit.
Essence ini digunakan setiap kali selepas mengunakan toner pada kulit muka.



E'thym O2 Water Moisture Lotion (140 ml)
Lotion kelembapan ini adalah untuk memberi kelembapan yang baik pada texture kulit. Ia memberi kesegaran dan kelembapan pada kulit wajah tanpa rasa melekit. Ia juga berfungsi sebagai krim muka untuk waktu siang.




E'thym O2 Water Aura Wave Cream (60 ml)
Penghidratan krim intensif untuk memulihkan semula kulit dan menyampaikan penghidratan sengit dan berpanjangan pada kulit wajah. Ia juga berfungsi sebagai krim malam.



Phyto Powder Cleansing Form
Untuk pencuci muka saya mengunakan produk ini bagi membantu saya mencuci kulit wajah saya dengan lebih mendalam untuk membuang kekotoran pada kulit wajag saya terutama punca yang melibatkan bintik hitam.Produk ini mengandungi arang kayu yang membantu mencuci kalit muka secara mendalam tanpa merosakkan kulit muka.

Selama saya mengunakan produk ini, kulit wajah saya nampak lebih bermaya dan berseri malah jerawat juga sudah berkurangan pada wajah saya.


0 comments :