[Event] T-Ara Showcase at Menara PGRM, Kuala Lumpur, Malaysia. 2012

by - Monday, June 25, 2012


Berita baik untuk semua fans T-Ara.!!!
T-Ara akan datang ke Kuala Lumpur untuk mengadakan Showcase pertama mereka di Malaysia pada 3 Oktober 2012 (Rabu) di Dewan Wawasan, Menara PGRM, Kuala Lumpur... (^_^) Showcase ini dijangka akan bermula pada jam 8.30 malam...

T-Ara - popular dengan lagu Lovey Dovey & Cry Cry ini telah menjadikan Malaysia sebagai negara untuk dikunjungi oleh mereka bagi berjumpa dengan fans mereka di Malaysia buat kali pertama & dalam masa yg sama untuk promosikan album mereka di Malaysia...



Harga tiket adalah seperti di bawah:
VVIP (Lovey) - RM 683 + Free 1 T-Ara t-stirt & 1 T-ara cap (Limited Seat)
T1 (Dovey) - RM 383 + Free 1 T-Ara cap (Numbered Seating)
T2 (Roly) - RM 283 + Free 1 T-Ara lanyard (Numbered Seating)
T2 (Roly) Upper Level - (L) & (R) - RM 283 + Free 1 T-Ara lanyard (Numbered Seating)
T3 (Poly) - RM 183 + Free 1 Transformer toiletries set (Free Seating)
T3(Poly) Upper Level - RM 183 + Free 1 Transformer toiletries set (Free Seating)
T4 (We Were in Love) - RM103 (Free Standing)
**(Harga tiket telah termasuk dengan yuran proses RM 3)

Tiket akan dijual pada hari Isnin (25/6/2012). Jika perlu, sila hubungi Jazzy Group untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

Untuk Fans, tiket dijual bermula dari hari Isnin (25/6/2012) hingga hari Sabtu (30/6/2012), mereka yg beli tiket pada hari tersebut akan mendapat diskaun 10% atau hadiah percuma untuk setiap pembelian tiket (Tidak termasuk Tiket untuk VVIP (Lovely) & T4 (We Were in Love).
Tiket untuk VVIP (Lovey) hanya boleh didapati di pejabat Jazzy Group & hanya 120 fans pertama yang membeli tiket VVIP mempunyai hak untuk berada di atas pentas bagi mendapatkan tandatangan T-Ara. Tiket boleh didapati di semua cawangan Ticket Charge & pejabat Jazzy Group sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Jazzy Group atau hubungi hotline: 
TicketCharge 03-9222 8811 / JazzyGroup 03-5622 1600 & 016-270 6253
(www.ticketcharge.com.my) / (www.jazzygroup.com)

You May Also Like

0 comments